Buletin FM

Buletin FM (dahulunya Kool FM) ialah stesen radio swasta berbahasa Melayu yang dimiliki dan dikendalikan oleh Media Prima Audio, anak syarikat milik Rangkaian Radio Media Prima, milik konglomerat media Malaysia Media Prima Berhad. Ia dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan mula beroperasi pada 3 Mac 2016. Stesen radio ini merupakan stesen radio keempat dibawah kelolaan Rangkaian Radio Media Prima selepas 8FM, Fly FM dan Hot FM.[1]

Buletin FM

Pemilik Media Prima Audio, anak syarikat Media Prima Berhad
Bahasa Bahasa Melayu
Frekuensi Berbeza-beza bergantung kepada kawasan
Bandar Petaling Jaya
Tarikh siaran pertama 1 Mac 2016; 5 tahun yang lalu (2016-03-01) (sebagai Kool FM)
2 Ogos 2021; 0 hari yang lalu (2021-08-02) (sebagai Buletin FM)
Saluran kembar 8FM, Fly FM dan Hot FM
Kawasan penyiaran Lembah Klang, Alor Setar, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Kuching
Slogan Temanmu · Muzikmu (2016-2019)
Suara Semasa (2020-2021)
Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman (2021-kini)
Tapak web www.buletinfm.audio